Softrade Jawi Writer Online   صفتريد جاوي رايتر اونلاين

Login
Nama: 
Kumpulan: Pelawat Skip Navigation Links.

PENTING! BACA SAYA

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Saudara-saudara yang dirahmati Allah,

Alhamdulillah, setelah 14 tahun penantian, akhirnya Softrade Jawi Writer telah berjaya dinaiktarafkan kepada Softrade Jawi Writer Online. Kejayaan ini tidak mungkin dikecapi sekiranya tanpa petunjuk dan pertolongan daripadaNya. Dalam melaksanakan kerja-kerja pembinaan Jawi Writer Online, saya dapat menyaksikan bahawa kejayaan kita adalah benar-benar merupakan anugerah Allah, dan bukannya atas kemampuan diri sendiri. Ianya menjadi iktibar dan penyuntik semangat bagi diri saya untuk meneruskan kerja-kerja fardu kifayah ini walaupun menghadapi masalah kekangan sumber yang kritikal.

Mungkin ramai di antara kita yang bertanya kenapa Jawi Writer Online dan tidak Jawi Writer Standalone seperti Jawi Writer Version 1.0 yang terdahulu. Hasil dari kajian dan perbincangan saya dengan beberapa orang terdekat, dan berdasarkan beberapa faktor kekangan ekonomi, kami berpendapat, Jawi Writer Online merupakan penyelesaian mudah dan terbaik untuk semua pengguna script Jawi.

Sekiranya saudara suka laman web ini, silalah daftar diri. Dengan mendaftar, pihak kami dapat menjana statistik kepenggunaan sistem untuk kegunaan perancangan masa depan. Sekian.

Hamba yang dhaif

Sham Yang

Pengarah Urusan Software Trading


Jawi Writer Extra memerlukan Internet Explorer untuk open dan save file. Harap Maklum!

Sebelum memulakan Jawi Writer Online, anda dikehendaki melakukan perkara-perkara di bawah ini:

  1. Install Font Jawi
  2. Setkan option ActiveX->Initialize and script ActiveX controls not marked as safe for scripting
  3. Setkan option Miscellaneous->Include local directory path when uploading files to a sever
  4. Clear cache browser anda
  5. Tutup dan buka semula browser anda.

1. Install Font Jawi

Anda dikehendaki download font jawi dari link di bawah dan copy fail tersebut ke dalam windows/fonts directory di komputer anda.

Font asas Jawi Writer Lite. Mesti download dan install dalam Windows/fonts directory.

Download Jawi Naskh (Jawi Scheherazade )

Font tambahan Jawi Writer Extra, sekiranya anda menggunakan Jawi Extra.

Download Jawi Arial

 

2. Setkan option ActiveX->Initialize and script ActiveX controls not marked as safe for scripting

Sistem ini telah diuji dengan Windows XP SP3 dan IE 8.0.6001 18702. Jika anda mengalami masalah dengan Jawi Writer Online, cuba gunakan Windows XP SP3 dan browser IE8.

Open File

Untuk menggunakan ciri ini, anda dikehendaki menukar setting browser anda supaya membenarkan ActiveX beroperasi. Lakukan seperti berikut: Tools->Internet Options->Security->Custom Level...

Cari seksyen ActiveX controls and plug-ins, dan pilih option Prompt pada sub seksyen Initialize and script ActiveX controls not marked as safe for scripting. Jika ActiveX tidak disetkan, anda tidak boleh membuka fail Jawi writer.

3. Setkan option Miscellaneous->Include local directory path when uploading files to a sever

Save File

Untuk membolehkan ciri Save File, anda mestilah menukar setting IE supaya membenarkan penggunaan local directory. Apabila setting telah ditukar, maka barulah anda boleh memilih directory mana anda nak simpan gambar. Berikut adalah cara menukar setting local directory: Lakukan seperti berikut: Tools->Internet Options->Security->Custom Level...

Cari seksyen Miscellaneous->Include local directory path when uploading files to a sever  dan pilih option Enable.

Mozilla Firefox

Sistem ini belum diuji sepenuhnya dengan FireFox. Beberapa masalah mungkin berlaku jika anda menggunakan FireFox terutama apabila.

Mengapa Jawi Writer Online?

Kami memutuskan untuk membina Jawi Writer berasaskan web kerana kami berpendapat kelebihan menggunakan Jawi writer online mengatasi kelebihan Jawi Writer Standalone. Berikut adalah kelebihan-kelebihannya.

  1. Kos penerbitan yang lebih rendah. Tak perlu nak buat packaging.
  2. Pelancaran yang pantas. Pengguna dapat menggunakan Jawi Writer sejurus selepas ianya dilancarkan tanpa menunggu shipping.
  3. Penyelenggaraan yang pantas. Sekiranya terdapat apa-apa pepijat, ianya dapat dikesan dan diperbaiki dengan pantas tanpa pengguna perlu membuat apa-apa melainkan membuat laporan pepijat.
  4. Senang digunakan. Pengguna tak perlu nak install software. Kadang-kadang, installation merupakan satu beban yang besar kepada pengguna. Pengguna hanya perlu menggunakan browser dan menaip alamat http://jawiwriter.belidiweb.com

Perbezaan JawiLite dan JawiExtra

JawiLite adalah Jawi Writer yang mempunyai ciri-ciri minima untuk menaip Jawi. Ianya bersaiz lebih kecil supaya menggunakan bandwith yang minima.

Softrade Jawi Writer Lite

Softrade Jawi Writer Extra

JawiExtra bersaiz lebih besar dan mempunyai lebih banyak ciri-ciri yang mengarah kepada word processor bersaiz sederhana. Di antara kelebihannya ialah:

  1. Boleh support lebih dari satu font.
  2. Boleh Copy dan Paste document ke dalam Windows application yang lain
  3. Terdapat lebih banyak fungsi untuk memformat document anda.